Tuesday, 15 July 2008

Ayat Ayat Cinta

Apakah kau Ayat-Ayat Cinta ...
Mainan hati atau ungkapan sahaja
Pernah sekali ku bermimpi tentangnya
Bayangannya teramat luar biasa

Cantiknya kau Ayat-Ayat Cinta ...
Sesaat sahaja membutakan bicara
Tiada kata setanding rupanya
Tiada rupa seindah tutur katanya

Siapakah kau Ayat-Ayat Cinta ...
Cahaya matamu menyinari dada
Bisikan suaramu memikat jiwa
Kau umpama bidadari syurga

Wujudkah kau Ayat-Ayat Cinta ...
Hingga kini tiada susulan ceritanya
1001 persoalan bermain di kepala
Bertanyakan misteri kata-katanya

Dimanakah kau Ayat-Ayat Cinta ...
Di Selatan atau di Utara?
Akan ku jejaki seluruh dunia
Mencari kata-kata hatinya


Bersedialah kau Ayat-Ayat Cinta ...
Pencarianku telah pun bermula
Bakal tiba waktu kita bersama
Hanya takdir yang menentukannya


< Rossa - Ayat Ayat Cinta >

0 comments: